Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label air. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label air. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

Awas air zamzam palsu dipasaran

AHAD, 11 MAC 2012



SHAH ALAM - Sejauh manakah ketulenan air zamzam yang dijual di negara kita? Adakah ia asli seperti mana air itu diperoleh dari telaga asalnya di Tanah Suci Makkah ataupun hanya air biasa yang dibotolkan dan dilabelkan sebagai air zamzam.

Mungkin kerana air ini mempunyai permintaan tinggi, kita tidak pernah terfikir lambakan jenama air zamzam yang bebas dijual pasar raya atau kedai runcit, kedai jual ubat tradisional dan kitab agama itu, sebenarnya tidak tulen.

Lantaran itu, Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini melarang keras penjualan air zamzam secara meluas di pasaran dunia berikutan terdapat laporan penipuan melibatkan penjualan air berkenaan di beberapa negara Islam.
Selengkapnya

Rabu, 01 Januari 2014

Air Tidak Bisa Membasuh Rasa Pedas Solusinya

cabe I cili

Siapa tidak kenal sama buah cabe?. Makanan yang dibumbui dengan cabe dan kelewat pedas ketika di makan, hasilnya lidah akan terasa mati atau terbakar, kita biasanya mencoba untuk membasuhnya dengan meminum air putih lebih banyak, Sukseskah?.

Dalam dosis serius capsaicin (zat terkandung dalam cabe) dapat menyebabkan bronkospasme (penyempitan saluran paru-paru akibat gangguan pernapasan seperti asma) sementara, batuk dan mual, iritasi pada saluran pernafasan (jika tertelan melalui hidung), picu kesulitan bernapas dan kejang. 

Hal pertama yang perlu dilakukan untuk Anda atau korban yang doyan kelewat pedas, yaitu menurut para ahli, minum yoghurt, susu, atau es krim. Makanan ini jenuh kasein (air, lemak, dan protein) efektif untuk meredakan rasa pedas.

Perlu diketahui capsaicin (zat pedas) tidak dapat larut dalam air, nah solusinya cari sayuran atau minuman yang mengandung kasein.

Selengkapnya

Kamis, 19 Desember 2013

MB Krisis air wajarkan Sgor tamatkan segera konsesi SYABAS

  • Ahmad Fadli KC
  • Malaysiakini Jan 9 2013
 
Kerajaan Selangor berpendapat gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mewajarkan perjanjian konsesi air dengan Syarikat  Bekalan Air Selangor (SYABAS) ditamatkan segera dan kerajaan negeri dibenar campurtangan dalam operasi air.

"Bagi mengelakkan gangguan bekalan yang lebih teruk serta menjamin kepentingan pengguna air, kerajaan Selangor berpendapat adalah wajar ketika ini perjanjian konsesi ditamatkan sekaligus dan Selangor dibenar melaksanakan step in dalam operasi SYABAS.

"Kita yakin masalah ini hanya dapat diatasi jika kerajaan pusat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengambil alih perkhidmatan air seperti dihasratkan Akta Perkhidmatan Industri Air atau WSIA 2006," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat Exco petang ini.
Masalah ketiadaan air mula melanda sekitar Selangor dan Kuala Lumpur
sejak 29 Disember lalu.

SYABAS dalam kenyataannya berkata ia berpunca daripada kerosakan pam di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Menurut Khalid, kegagalan rumah pam di Wangsa Maju yang didakwa SYABAS berpunca daripada alat ganti Variable Speed Drive (VSD) adalah tidak berasas.

"Ini kerana sistem VSD memerlukan penyelenggaraan berkala sedangkan SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

"Sebelum ini SYABAS hanya memanggil pembekal untuk penyelenggaraan apabila ada masalah timbul," katanya yang melawat rumah pam Wangsa Maju pada 7 Januari lalu.

Tambahnya, pemeriksaan kerajaan negeri dengan pembekal VSD juga
mendapati SYABAS gagal mengenal pasti punca sebenar kegagalan operasi rumah pam Wangsa Maju.

"Menurut pembekal VSD, insiden "pump tripped" bukan kerana kegagalan VSD kerana ia adalah sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

"Sekiranya parameter melebihi had yang telah ditetapkan dalam sistem
VSD, maka barulah pam itu akan berhenti (tripped)," katanya sambil
menambah kenyataan SYABAS bahawa alat ganti itu perlu diimport dari
Finland tidak benar kerana ia boleh didapati dari China melalui
perkhidmatan kurier.

Beliau turut mempertikai kenyataan bercanggah bahagian korporat SYABAS yang menyatakan masalah itu boleh diatasi dalam masa tujuh hari dan kenyataan pengerusi SYABAS yang menjangkakan ia berlarutan sehingga Tahun Baru China.

"Ia menunjukkan seolah-olah ada agenda tersembunyi untuk menimbulkan suasana panik dan seterusnya membangkitkan rasa marah di kalangan pengguna air di Lembah Klang kepada kerajaan negeri yang difitnah dan ditohmah sebagai punca masalah," jelasnya.
Selengkapnya

Rabu, 18 Desember 2013

Mangsa ketiadaan air minta PAS bantu

Harakahdaily

  28 Nov 2012
 
(Seorang penduduk membawa Abang Mat [kiri] ke dapurnya untuk menunjukkan air tidak ada)

KOTA SAMARAHAN: Lebih 3,000 keluarga di daerah Asajaya telah mengalami gangguan bekalan air yang kritikal sejak beberapa hari lalu.

Menyedari keadaan semakin meruncing sehingga langsung tiada air bersih di kampong mereka, penduduk menghubungi PAS bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Kampung yang terjejas teruk dengan masalah tersebut adalah Kampung Tambirat, Sambir dan Moyan dan Sebandi yang terletak di bawah DUN Asajaya, Parlimen Kota Samarahan.

Lebih memeritkan lagi, ada kalangan penduduk kampung yang terpaksa berbelanja lebih untuk membeli bekalan air bersih berupa air mineral dan air minuman untuk meneruskan majlis kenduri kahwin.

Antara yang menerima aduan ini adalahAbang Ahmad Kerdee Abang Masagus, AJK PAS Pusat. Beliau menerima panggilan daripada penduduk kampung tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk mendengar dan melihat sendiri keadaan tersebut.

Menurut beliau seteleh meninjau keadaan di ketiga-tiga kampung tersebut, keadaan ini amat menyusahkan dan tidak sepatutnya berlaku.

“Situasi ini amat memalukan. Sudahlah tiada notis diberikan sebelum pemotongan untuk penyelenggaraan tersebut dilakukan, pihak Lembaga Air yang berkenaan langsung tidak menghantar bantuan yang sepatutnya disalurkan melalui lori-lori air ke kampong berkenaan. Ini mengundang kemarahan penduduk kampung di atas ketidakcekapan di dalam pentadbiran kerajaan negeri BN," kata Abang Mat.

Tambah beliau lagi, “Apabila persoalan diajukan kepada Penghulu dan Pengerusi JKKK kampong berkenaan, jawapan yang diberikan adalah tiada makluman daripada pihak atasan untuk dihebahkan.”

Bagi penduduk kampung yang mempunyai tangki simpanan air, mereka memaklumkan air yang ditadah semasa hujan beberapa hari sebelumnya sedikit sebanyak membantu mereka menjalankan kehidupan harian mereka.

Namun, daripada tinjauan di sekitar kampong tersebut, hanya beberapa buah rumah sahaja yang mempunyai tangki tersebut dan selebihnya bergantung sepenuhnya daripada sumber yang dibekalkan oleh Lembaga Air yang berkenaan.

Seorang penduduk kampung, Mahathir Ahmad, 35, beliau terdetik untuk menghubungi PAS setelah Harakahdaily melaporkan berita mengenai lawatan Abang Ahmad Kerdee di Pusa, Beting Maro berkenaan masalah yang sama.

“Tiada cara lain lagi untuk mengajar pemerintah, hanya melalui PAS dan PR sahaja pilihan yang ada. Aduan demi aduan sudah dibuat kepada YB dan pihak berkenaan namun hasilnya mengecewakan. Batang paip untuk saluran air yang dikhabarkan pada pilihanraya negeri tahun lepas pun banyak yang tersadai di tepi jalanraya. Mungkin dah dekat PRU nanti barulah disambung,”ujar beliau sinis.

(Gambar: Abang Mat menunjukkan batang paip yang diletakkan di tepi jalan menjelang pilihan raya negeri lalu...ia tersadai di situ selepas pilihan raya)

Beliau berkata lagi, di kampungnya hampir setiap hari bekalan air terganggu dan meminta pihak YB dan yang berkenaan segera mengatasi masalah mereka dan bukan hanya meletakkan paip air di tepi jalan semata-mata.

Para peniaga yang ditemui juga melahirkan rasa terkilan dan marah dengan keadaan tersebut. Menurut mereka kemungkinan perniagaan kedai makan mereka terpaksa ditutup jika keadaan tiada bekalan air itu berterusan.

“Slogan Rakyat Didahulukan betul-betul kena atas batang hidung kami. Sekarang mana perginya Pencapaian Diutamakan?," soal Mahathir lagi.
Selengkapnya