Tampilkan postingan dengan label bantu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bantu. Tampilkan semua postingan
Rabu, 18 Desember 2013
Mangsa ketiadaan air minta PAS bantu
Harakahdaily
| 28 Nov 2012 |
(Seorang penduduk membawa Abang Mat [kiri] ke dapurnya untuk menunjukkan air tidak ada)
KOTA SAMARAHAN: Lebih 3,000 keluarga di daerah Asajaya telah mengalami gangguan bekalan air yang kritikal sejak beberapa hari lalu.
Menyedari keadaan semakin meruncing sehingga langsung tiada air bersih di kampong mereka, penduduk menghubungi PAS bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Kampung yang terjejas teruk dengan masalah tersebut adalah Kampung Tambirat, Sambir dan Moyan dan Sebandi yang terletak di bawah DUN Asajaya, Parlimen Kota Samarahan.
Lebih memeritkan lagi, ada kalangan penduduk kampung yang terpaksa berbelanja lebih untuk membeli bekalan air bersih berupa air mineral dan air minuman untuk meneruskan majlis kenduri kahwin.
Antara yang menerima aduan ini adalahAbang Ahmad Kerdee Abang Masagus, AJK PAS Pusat. Beliau menerima panggilan daripada penduduk kampung tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk mendengar dan melihat sendiri keadaan tersebut.
Menurut beliau seteleh meninjau keadaan di ketiga-tiga kampung tersebut, keadaan ini amat menyusahkan dan tidak sepatutnya berlaku.
“Situasi ini amat memalukan. Sudahlah tiada notis diberikan sebelum pemotongan untuk penyelenggaraan tersebut dilakukan, pihak Lembaga Air yang berkenaan langsung tidak menghantar bantuan yang sepatutnya disalurkan melalui lori-lori air ke kampong berkenaan. Ini mengundang kemarahan penduduk kampung di atas ketidakcekapan di dalam pentadbiran kerajaan negeri BN," kata Abang Mat.
Tambah beliau lagi, “Apabila persoalan diajukan kepada Penghulu dan Pengerusi JKKK kampong berkenaan, jawapan yang diberikan adalah tiada makluman daripada pihak atasan untuk dihebahkan.”
Bagi penduduk kampung yang mempunyai tangki simpanan air, mereka memaklumkan air yang ditadah semasa hujan beberapa hari sebelumnya sedikit sebanyak membantu mereka menjalankan kehidupan harian mereka.
Namun, daripada tinjauan di sekitar kampong tersebut, hanya beberapa buah rumah sahaja yang mempunyai tangki tersebut dan selebihnya bergantung sepenuhnya daripada sumber yang dibekalkan oleh Lembaga Air yang berkenaan.
Seorang penduduk kampung, Mahathir Ahmad, 35, beliau terdetik untuk menghubungi PAS setelah Harakahdaily melaporkan berita mengenai lawatan Abang Ahmad Kerdee di Pusa, Beting Maro berkenaan masalah yang sama.
(Gambar: Abang Mat menunjukkan batang paip yang diletakkan di tepi jalan menjelang pilihan raya negeri lalu...ia tersadai di situ selepas pilihan raya)
Beliau berkata lagi, di kampungnya hampir setiap hari bekalan air terganggu dan meminta pihak YB dan yang berkenaan segera mengatasi masalah mereka dan bukan hanya meletakkan paip air di tepi jalan semata-mata.
Para peniaga yang ditemui juga melahirkan rasa terkilan dan marah dengan keadaan tersebut. Menurut mereka kemungkinan perniagaan kedai makan mereka terpaksa ditutup jika keadaan tiada bekalan air itu berterusan.
“Slogan Rakyat Didahulukan betul-betul kena atas batang hidung kami. Sekarang mana perginya Pencapaian Diutamakan?," soal Mahathir lagi.
Minggu, 15 Desember 2013
Bayi bantu ibu bersih lantai
myMetro

PENGELUAR menggunakan gentian mikro sebagai bahan mop pada pakaian bayi ini.
LONDON: Sebuah syarikat memperkenalkan pakaian unik yang membolehkan bayi ‘membantu’ ibu bapa mereka membersihkan rumah ketika mereka merangkak.
Syarikat itu menggabungkan baju bayi dengan pembersih lantai (mop) yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki.
Dikenali sebagai Baby Mop, pakaian itu membolehkan lantai rumah digilap ketika bayi terbabit belajar merangkak. Baby Mop dijual pada harga kira-kira RM120 sepasang.
Ia adalah projek laman sesawang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), BetterThanPants.com yang diinspirasi daripada satu iklan di Jepun.
Dalam kenyataan di laman sesawang itu, syarikat terbabit secara bergurau berkata, Baby Mop akan “mendidik bayi anda mengamal etika kerja yang baik sejak kecil” ketika mereka dididik supaya tidak menyepahkan makanan di lantai.

PADA harga RM120, Baby Mop ini boleh membantu ibu
Menurut laman sesawang BetterThanPants.com, bayi yang menggunakan Baby Mop juga “akan mendapat riadah berfaedah, membakar tenaga dan membentuk otot.” “Amalan itu akan membantu bayi mendapat tidur yang lebih baik,” kata syarikat itu.
Sementara itu, jurucakap BetterThanPants.com, Mike Parker, berkata kira-kira 100 pasang Baby Mop berjaya dijual dalam tempoh hanya sebulan sejak ia diperkenalkan di laman sesawang berkenaan.
“Setakat ini, maklum balas daripada pelanggan sangat positif walaupun ada sedikit e-mel negatif mengenai idea produk itu,” katanya. Bahagian pembersih pada tangan dan kaki Baby Mop diperbuat daripada bahan gentian mikro yang dilekatkan secara langsung. - DM
Langganan:
Postingan (Atom)