Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label suspek. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suspek. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

Bedah siasat dapati suspek rompakan ‘dibunuh polis’ dakwa peguam

Oleh Mohd Farhan Darwis May 17, 2013
PETALING JAYA, 17 Mei — Tiga suspek rompakan barang kemas yang ditembak mati anggota polis di Taman Billion, Cheras, pada 14 April 2012, dakwa peguam N. Surendran dan Latheefa Koya telah dibunuh oleh pihak polis kerana tinjauan laporan bedah siasat bertentangan dengan kenyataan polis.

Kedua-dua peguam berkenaan ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini menegaskan, laporan bedah siasat mendapati kedudukan peluru yang mengenai ketiga-tiga suspek tersebut menunjukkan mangsa ditembak ketika mereka berlutut dan bukannya ditembak dari hadapan, seperti dalam kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

“Polis berkata mereka ditembak mati apabila salah seorang suspek melepaskan tembakan ke arah pasukan polis ... tetapi laporan bedah siasat mendapati peluru yang mengenai mangsa itu tidak ditembak dari hadapan, tetapi kedudukan peluru menunjukkan ia datang dari atas ke bawah, dan kanan ke kiri,” dakwanya kepada pemberita.
“Mangsa berkemungkinan sedang berlutut ketika ditembak.”
Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23, dan seorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam telah ditembak mati di bulatan Taman Billion awal pagi 14 April 2012.

Azman ditembak sebanyak lapan das, manakala Aidi ditembak sebanyak 11 kali.
“Versi polis satu penipuan, kalau betul berlaku tembak-menembak, seharusnya peluru datang dari arah hadapan, bukannya atas ke bawah,” kata Surendaran, yang juga Naib Presiden PKR.
“Malah laporan bedah siasat turut mendapati berlaku kecederaan di bahagian kepala dan dahi serta kawasan badan juga menunjukkan berlakunya pergelutan antara mereka.”

Ahli Parlimen Padang Serai itu turut menggesa pasukan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

“Kami desak penyiasatan kes pembunuhan ini, dan KDN perlu jawab ... anggota polis yang terlibat digantung dan ditahan serta merta, termasuk penyiasatan terhadap pegawai tertinggi polis kerana melindungi kes ini,” katanya lagi.
Turut hadir ketika sidang media hari ini adalah bapa kepada Noor Azman dan Aidi Noor Hafizal, Othman Yusoff, serta ibunya, Sosnijan Sarwarkhan.
Selengkapnya

Minggu, 22 Desember 2013

Suspek Pembunuh Pengasas Ambank Berjaya Di Kesan Polis

Suspek Pembunuh Pengasas Ambank Berjaya Di Kesan Polis | Pihak polis dilaporkan telah berjaya mengesan penjenayah yang menembak mati pengasas Ambank, Arab Malaysian Bank, Allahyarham Hussain Ahmad Najadi, 75, menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) dan percaya suspek adalah pembunuh upahan.
Suspek Pembunuh Pengasas Ambank Berjaya Di Kesan Polis
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Menurut kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, hasil penelitian rakaman CCTV di kawasan tokong Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang itu, polis berjaya merakam sepenuhnya pembunuhan itu dan wajah penjenayah tersebut.

“Siasatan ini menunjukkan perkembangan positif kerana (kita berjaya) merakam secara keseluruhan lokasi kejadian.

“Kita sedang merakam percakapan saksi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, polis percaya pembunuhan itu dirancang dan motifnya ada kaitan dengan urusan jual beli hartanah.

“Ia dilakukan pembunuh upahan, tetapi siapa dalang di sebalik pembunuhan ini masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, polis juga sedang mengesan teksi yang dinaiki tiga suspek pada masa kejadian itu. Polis, katanya, sudah mengambil keterangan tujuh orang saksi di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, polis akan mengambil keterangan daripada individu yang dijumpai mangsa sebelum beliau ditembak kira-kira jam 2 petang.

“Kita masih belum mengambil keterangan daripada isteri dan rakan niaga mangsa, dan (perkara ini) akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Isteri Allahyarham, Cheong Mei Kuen, 49, terkena tembakan di tangan dan paha. Beliau kini di rawat di Pusat Perubatan Prince Court. Keadaan beliau stabil. Dalam itu, jenazah Hussain dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini selepas solat Isyak semalam.

Wakil keluarga mangsa, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, yang juga sahabat baik kepada arwah berkata kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, jenazah itu disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Isyak sebelum dikebumikan.

Jenazah itu dituntut ahli keluarga setelah proses bedah siasat selesai dilakukan pada 1 tengah hari.

Tinjauan mendapati suasana sedih menyelubungi bilik mayat hospital itu apabila Chong, yang menaiki kerusi roda dengan ditemani 10 anggota keluarga dan rakan, menangis hiba selepas melakukan pengecaman jenazah suaminya.

Chong turut dijaga empat anggota polis berpakaian seragam serta bersenjata M-16. Muhammad Shafee berkata, beliau mengenali Allahyarham selama 25 tahun dan menyifatkan arwah seorang yang peramah, bersopan-santun serta suka menolong orang lain.

“Dia merupakan orang pertama yang derma AS$4 juta kepada tabung pendidikan Universiti Islam Antarangbangsa (UIA) sejak kali pertama ditubuhkan. Kali terakhir saya jumpa arwah ialah pada tiga minggu lalu ketika berbuka puasa bersama,” katanya.

Menurutnya, Chong masih trauma dan lemah ekoran kejadian itu dan enggan ditemu ramah. sumber



Selengkapnya