Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label peguam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label peguam. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 Februari 2014

Bedah siasat dapati suspek rompakan ‘dibunuh polis’ dakwa peguam

Oleh Mohd Farhan Darwis May 17, 2013
PETALING JAYA, 17 Mei — Tiga suspek rompakan barang kemas yang ditembak mati anggota polis di Taman Billion, Cheras, pada 14 April 2012, dakwa peguam N. Surendran dan Latheefa Koya telah dibunuh oleh pihak polis kerana tinjauan laporan bedah siasat bertentangan dengan kenyataan polis.

Kedua-dua peguam berkenaan ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini menegaskan, laporan bedah siasat mendapati kedudukan peluru yang mengenai ketiga-tiga suspek tersebut menunjukkan mangsa ditembak ketika mereka berlutut dan bukannya ditembak dari hadapan, seperti dalam kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

“Polis berkata mereka ditembak mati apabila salah seorang suspek melepaskan tembakan ke arah pasukan polis ... tetapi laporan bedah siasat mendapati peluru yang mengenai mangsa itu tidak ditembak dari hadapan, tetapi kedudukan peluru menunjukkan ia datang dari atas ke bawah, dan kanan ke kiri,” dakwanya kepada pemberita.
“Mangsa berkemungkinan sedang berlutut ketika ditembak.”
Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23, dan seorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam telah ditembak mati di bulatan Taman Billion awal pagi 14 April 2012.

Azman ditembak sebanyak lapan das, manakala Aidi ditembak sebanyak 11 kali.
“Versi polis satu penipuan, kalau betul berlaku tembak-menembak, seharusnya peluru datang dari arah hadapan, bukannya atas ke bawah,” kata Surendaran, yang juga Naib Presiden PKR.
“Malah laporan bedah siasat turut mendapati berlaku kecederaan di bahagian kepala dan dahi serta kawasan badan juga menunjukkan berlakunya pergelutan antara mereka.”

Ahli Parlimen Padang Serai itu turut menggesa pasukan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

“Kami desak penyiasatan kes pembunuhan ini, dan KDN perlu jawab ... anggota polis yang terlibat digantung dan ditahan serta merta, termasuk penyiasatan terhadap pegawai tertinggi polis kerana melindungi kes ini,” katanya lagi.
Turut hadir ketika sidang media hari ini adalah bapa kepada Noor Azman dan Aidi Noor Hafizal, Othman Yusoff, serta ibunya, Sosnijan Sarwarkhan.
Selengkapnya

Kamis, 06 Februari 2014

Peguam menang kes saman Raja Petra diarah bayar RM300 000

OLEH RITA JONG
July 31, 2013

  Raja Petra Kamaruddin (gambar) diarah membayar RM300,000 kepada peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah kerana memfitnahnya dalam tiga artikel dalam blog Malaysia Today pada 2008.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Farah Hana Hashim turut mengarahkan jumlah itu dibayar pada kadar lima peratus faedah dari tarikh penghakiman didaftar.

Peguam yang mewakili Muhammad Shafee, S Ravindran, berkata artikel itu merosakkan reputasi kliennya sebagai seorang peguam.
 Pada Februari 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Raja Petra melalui tiga artikel dalam laman web itu memfitnah peguam berkenaan.

Mahkamah mendapati perkataan dan komentar pengunjung terhadap artikel berkenaan, adalah fitnah.
Raja Petra juga diarah membayat Muhammad Shafee kos perundangan RM5,000.

Muhammad Shafee memfail saman fitnah terhadap Raja Petra pada Ogos 2008 berikutan artikel yang disiar pada 6,7 dan 11 Ogos tahun berkenaan.
Artikel yang dianggap fitnah itu berjudul: Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivates Man dan The Real Dalang Behind the Anwar Sodomy Allegation.

Beliau juga memperoleh perintah injuksi ex-parte dari mahkamah untuk mengarah Raja Petra memadam tiga artikel itu dan yang berkaitan.
Raja Petra memfail kenyataan pembelaan pada November 2008 dengan menafikan bahawa tiga artikel itu sebagai palsu, berniat jahat dan berunsur fitnah. 31 Julai, 2013. - 31 Julai, 2013. TMI
Selengkapnya