Social Icons

Pages

Senin, 11 Agustus 2014

Pasar raya nafi pelanggan mati

Ruzi Salinda (dua, kanan) memegang laporan polis bersama Hashnudin (kanan) ketika ditemui di sini semalam.

TEMERLOH – Pihak pengurusan pasar raya Cowboy di sini menafikan secara keras dakwaan yang mengatakan berlaku kematian pelanggan di premis mereka akibat dipatuk ular seperti yang heboh diperkatakan ramai sejak beberapa hari lalu.

Wakil syarikat Ruzi Salida Abd Rahman berkata, dakwaan pihak bomba melakukan operasi dan menangkap 17 ekor ular di premis itu juga tidak betul dan ia hanya niat jahat pihak tertentu.

Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia menerima mesej melalui WhatsApp daripada seorang rakannya yang mengatakan terdapat maklumat sedang heboh diperkatakan di dalam Twitter dan Facebook mengenai kejadian seorang pelanggan dipatuk ular di pasar raya Cowboy.

“Saya terima mesej itu pada 30 Ogos lalu, dan terus menghantar semula mesej itu kepada majikan saya, kami tidak endahkan perkara itu hinggalah pada hari Isnin lalu semakin ramai pelanggan yang datang bertanyakan hal sebenar.

“Saya juga terpaksa menepis dakwaan itu melalui akaun Facebook peribadi dan menampal notis di pintu masuk pasar raya tersebut apabila dakwaan itu semakin menular di banyak tempat.

“Setiap hari semakin banyak versi cerita rekaan itu ada yang cakap pelanggan dari Jengka meninggal dunia, ada yang cakap bomba tangkap 17 ekor dan ada yang cakap bomba tangkap 30 ekor ular, itu semua karut,” tegasnya.

Ruzi berkata, kemuncak dari kejadian itu, dia membuat laporan polis petang kelmarin bagi menepis dakwaan yang diperkatakan ramai itu dan menyiasat siapa individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu.

Menurutnya, pihaknya juga telah menyimpan beberapa maklumat dan dakwaan beberapa individu di dalam Twitter dan Facebook yang menghebahkan perkara itu dan diserahkan kepada polis.

Sementara itu Ketua Bomba Balai Temerloh Hashnudin Hussain menafikan sekeras-kerasnya dakwaan penemuan ular di premis tersebut.

Menurutnya, semakan rekod pada buku panggilan juga tiada panggilan dibuat daripada orang ramai mengenai kejadian tersebut.

“Saya tegaskan di sini kami tiada menerima panggilan mengenai kejadian itu dan tidak langsung mengadakan operasi menangkap ular di pasar raya ini seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar