Social Icons

Pages

Minggu, 02 Maret 2014

Samsung perkenalkan jam pintar Galaxy Gear Note 3

BERLIN: Samsung Electronics Co., Ltd (Samsung) memperkenalkan jam pintar, Galaxy Gear selain Galaxy Note III dan Galaxy Note 10.1 versi baru di sini, hari ini.

Note 3 kini mempunyai skrin lebih besar bersaiz 5.7 inci tetapi ia masih lebih nipis (8.3 mm) dan ringan (168 g) berbanding model sebelum ini. 
Samsung juga memperkasakan penggunaan S Pen bagi Note 3 yang kini mempunyai lebih banyak fungsi. 

Sementara itu, jam pintar Samsung baru, Galaxy Gear direka untuk diguna bersama telefon pintar.

Presiden dan Ketua Eksekutif JK Shin memperkenalkan produk baru Samsung. FOTO Reuters

Pesanan dan notifikasi dapat dipaparkan pada skrin jam yang bersaiz 1.63 inci.

Selain itu, kamera 1.9 megapiksel pada tali jam boleh diguna untuk merakam gambar yang boleh dialihkan kepada telefon pintar. 

Pengguna juga boleh menggunakan Gear untuk membuat panggilan atau merakam pesanan suara. 

Samsung juga mempertingkatkan Galaxy Note 10.1 dengan skrin WQXGA super clear LCD dengan resolusi 2560x1600 dan serta S Pen baru. 

Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear akan dilancar di 149 negara pada 25 September nanti manakala tarikh bagi Note 10.1 belum ditetapkan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar