Social Icons

Pages

Minggu, 09 Februari 2014

Adik Tiri Saddam Hussein Meninggal Dunia

Adik Tiri Saddam Hussein Meninggal Dunia Akibat Kanser

ADIK tiri kepada bekas Presiden Iraq, Sabawi Hussein yang berdepan hukuman gantung, telah meninggal dunia selepas menderita penyakit kanser di hospital di sini.
Jenazah Sabawi yang juga adik kepada Saddam Hussein itu akan diserahkan kepada anggota keluarganya untuk urusan pengebumian.
Sabawi sebelum ini hidup dalam buangan di Syria selepas pendudukan Amerika Syarikat di Iraq pada 2003 dan dia telah ditangkap pada 2005.
Beliau ditahan selepas disyaki terlibat mengarahkan operasi pemindahan wang milik Saddam.
Wang ganjaran $1 juta juga ditawarkan kepada orang ramai sehingga tertangkapnya Sabawi.
Allahyarham menduduki senarai ke 36 dalam senarai paling dikehendaki di Amerika Syarikat dan ke 55 di Iraq ketika itu.
Di bawah pemerintahan Saddam, beliau dilantik sebagai ketua unit risikan pada 1991 sebelum menjawat jawatan jeneral sehingga 1996 dan terakhir, menjawat jawatan sebagai penasihat kepada Presiden.
Beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada bulan Mac 2009 dan   ketika hukuman itu dijatuhkan, Allahyarham telah bangun  bertakbir serta melahirkan kegembiraan kerana akan mati syahid.
Anaknya pula, Ayman pula ditangkap di Tikrit dan dihukum penjara seumur hidup, namun dia berjaya melarikan diri pada 2006.
Sementara Saddam pula dihukum gantung pada bulan Disember 2006 selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh 148 penganut syiah di Iraq.
Saddam ditangkap pada bulan Disember 2003, selepas bersembunyi daripada tentera Amerika Syarikat dan Britain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar